Sunday, July 31, 2011

Semangat Ramadhan


Niat amal kebaikan + tulis + buat betul + istiqomah sepanjang hayat = bagus, insya Allah memberi kesan Ramadhan akan datang akan lebih baik dan terus ke arah yg lebih baik.


Niat amal kebaikan + tulis + buat (mula2 je)/kjap buat kjap x buat + xde istiqomah =bagus, xbagus sgt, cam semangat taik ayam panas.


Niat amat kebaikan + tulis + xbuat langsung + istiqomah xbuat2 = xbagus la, dah niat dah tulis tapi xnak buat..xelok tangguh2.


xde niat nk buat amal + xtulis + xnak buat = jgn la jadi camni...ntah esok ada lagi ke x hari kedua ramadhan kite..

Thursday, July 14, 2011

AKU MALU.. AKU BANGGA..

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,


Sedikit berkenaan BERSIH 2.0 yang dilancarkan baru-baru ini. Aku sebagai mahasiswa, rakyat Malaysia umumnya sangat malu dengan tindakan pemimpin kerajaan Malaysia pilihan rakyat. Mereka dipilih rakyat bukan kerana sokongan terhadap parti semata-mata, tetapi pastinya mereka melilih atas dasar mahukan pemimpin yang mampu berlaku adil dan saksama kepada seluruh rakyat jelata.


Sedih aku melihat rakyat ditembak dengan gas pemedih mata seolah-olah rakyat tidak ada lagi peluang untuk beramai-ramai berhimpun menyatakan luahan suara hati mereka beramai-ramai. Tidak cukup dengan senjata mereka yang sama dan memang dibeli dari zionis Israel itu, tak sangka hati aku yang keras ini pun terkedu apabila melihat rakyat tak kira tua dan muda dipijak dan dihenyak seolah mereka ini musuh negara.


Apa yang aku ingin nyatakan, pihak pemimpin ini dilihat seolah tidak berhati perut mengeluarkan arahan kepada polis dan FRU untuk membuat tindakan sebegitu rupa kepada rakyat yang cintakan keamanan. Perhimpunan itu sudah dijanjikan aman dan seharusnya pihak penguasa hanya perlu bertindak menjaga dan mengawasi rakyat yang berhimpun. Tak kelihatan langsung negara Malaysia sekarang ini negara demokrasi. Yang aku nampak Malaysia negara pemerintah kuku besi!


Apa yang buat aku sokong BERSIH 2.0 ini, bukan kerana himpunan yang dibuat untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada, akan tetapi 8 tuntutan penganjur BERSIH 2.0 adalah relevan dalam memenuhi kehendak demokrasi Islam itu sendiri. Antara yang yang menjadi batu asas kepada sesebuah kerajaan mahupun daulah adalah keadilan. Dalam Islam, tak kira siapa penganjur BERSIH 2.0 itu Islam mahupun kafir, sepertimana organisasi sosial lain yang ada niat murni selain menentang Islam perkara itu diharuskan. Malah tidak ada mana-mana Ijmak Ulama' masa kini yang mengeluarkan hukum tentang perkara ini setakat masa sekarang.


Aku malu negara aku negara pemerintah kuku besi.. tak guna pilihanraya dijalankan kalau masih ada penipuan.. sambung akan datang.. Wassalam