Saturday, December 3, 2011

SEDARLAH SAUDARA.. KEMATIAN MENGEJAR KITA

Sebelum jari ini meneruskan tekanan ke atas butang papan kekunci, terlebih dahulu ingin memohon maaf andai ada terkasar dan ada yang tidak bersetuju dengan apa yang ingin diluahkan......
 Perhimpunan Agung UMNO 2011 adalah merupakan intipati apa yang ingin dikongsi untuk sama melihat apa yang membezakan antara UMNO dan PAS mahupun PKR dan PKR, 4 parti yang terbesar yang mana telah mengubah lanskap politik tanah air sejak tragedi kepada UMNO/BN Mac 2008.....dalam perhimpunan UMNO 2011 yang disiarkan oleh media perdana, jelas menunjukan ramai perwakilan yang berucap, diberi peluang berucap, tidak menggunakan peluang untuk mengubah UMNO menjadi sebuah parti yang kembali unggul dalam arus politik tanahair, cara Ketua Wanita UMNO, dalam ucapan tidak membawa Wanita UMNO ke satu tahap yang lebih baik, malah Ketua Wanita UMNO Malaysia telah menggunakan peluang untuk menghentam beberapa individu, dek kerana mendedahkan kepincangan NFC yang diuruskan oleh suami beliau.....isu sebelum bermula nya perhimpunan ini merupakan isu yang telah mencalarkan imej beliau, dan kita semua harus ingat bahawa beliau telah ditolak oleh rakyat dalam tragedi Mac 2008, beliau dilantik melalui pintu belakang sebagai menteri.......
 NFC ini telah didedahkan melalui laporan audit negara, dan siri pendedahan yang dibuat oleh PR terutama PKR adalah kelangsungan apa yang disifatkan oleh PAC perkara yang senantiasa berulang berlaku....pada awalnya beliau mengatakan keluarga beliau layak dianugerahkan projek bernilai Rm250 juta ini, beliau mempertahankan keluargta terutama suami tercinta, sifat mulia seorang isteri yang patut dicontohi oleh semua isteri2 yang membaca komen dari insan yang kurang terpelajar ini, namun apa yang menghairankan setelah siri pendedahan dibuat bermula dengan pembelian kondo mewah, kepergian beliau sekeluarga mengerjakan UMRAH dan kemudian pengerusi PAC telah mededahkan bahawa duit habis pada tahun 2009 perjanjian dibuat pada tahun 2010, beliau telah menukar rentak dengan mengatakan beliau tidak ada kena mengena dengan projek NFC dan memberi amaran kepada mereka yang cuba mengaitkan beliau dengan NFC.....beliau telah menyerang YB Zuraida dan seorang anak muda dengan menggelarkan anak muda ini sebagai anak durhaka.....
 semua perwaklilan yang hadir telah bertukar menjadi burung belatuk yang hanya tahu mengangguk tanpa ada seorang pun yang mahu bertanya..menyerang PAS,DAP dan PKR......kemudian Pemuda diketuai oleh seorang anak muda yang mempunyai sayap payung terjun....ingatkan ingin memberi sinar baru kepada barisan pemuda, namun telah menyerang dengan memberi formula 6 jahanam pembangkang, sedangkan beliau lupa UMNO/BN menjadi pembangkang di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, dan secara tidak langsung 6 jahanam itu juga ditujukan kepada UMNO tanpa beliau sedari, sepatutnya sebagai seorang yang begitu bersemangat, beliau mampu untuk mengangkat Pemuda UMNO sebagai sayap yang mampu untuk mengubah persepsi anak muda yang menyokong PR dengan membawa pembaharuan dalam perjuangan PEMUDA UMNO dalam politik masa kini, namun gagal, bila PAS,DAP PKR dijadikan mangsa untuk menaikan semangat pemuda UMNO, 
putri juga tidak kurang, Perhimpunan UMNO dengan ucapan dasar Presiden UMNO, perwakilan mengmbil tempat untuk berucap, ucapan yang berapi2 tapi sayangnya, sedikit cuma yang melihat kelemahan dalam UMNO, terus menyerang PAS,DAP dan PKR, DAP dikambing hitamkan sebagai "cina" sedangkan mereka lupa Gerakan juga sama dengan DAP, dan MCA adalah sebuah parti yang dianggotai oleh kaum cina....
ada perwakilan mengatakan PAS dijinakkan oleh DAP kerana membuang Negara Islam dan digantikan dengan Negara Berkebajikan, sedang mereka lupa bahawa Negara Berkebajikan itu adalah satu dari prinsip negara Islam, wakil Kedah mengeluarkan Fiqh Imam Al-Ghazali mengatakan Malaysia ini negara Islam, sedangkan perlembagaan malaysia ini adalah negara sekular.....jelas sekali tidak memahami maksud ayat al-Quran yang dibaca oleh beliau, ada perwakilan mengaitkan kerajaan selangor kerana tidak tahu menguruskan air untuk rakyat, sedangkan Kerajaan Selangor telah memberi air percuma kepada rakyat selangor, dan masalah Selangor kehilangan air bukan bermula sejak tahun 2008. sebelum itu dah ada perjanjian pembelian air atau penyaluran air dari pahang ke selangor dibuat oleh kerajaan dulu...tidak ada suara lantang dari perwakilan yahng berbahas untuk membetulkan kelemahan UMNO....semua menjadikan perhimpunan kali ini sebagai pentas untuk melepaskan amarah kepada PR.....ke manakah hala tuju perhimpunan UMNO nak bawa negara ini sebenarnya? sedangkan masalah yang berakar umbi dalam UMNO masih tidak mampu diselesaikan, kenapa perlu menyerang pembangkang? amat berbeza dengan PR dalam perhimpunan yang mereka lakukan,( kelihatannya media cetak n semua station tv tidak memaparkan cerita yg sebaiknya) ..PR mereka lebih berusaha untuk memperbaiki kelemahan yang ada dalam Parti mereka, memberi motivasi kepada ahli, bukan menyerang UMNO/BN, bila menyerang musuh kita, maka kita membuka peluang untuk musuh kita memperbaiki kelemahan, yang untung adalah PR kerana UMNO telah berusaha untuk memberi input berguna kepada mereka dalam memacu kekuatan mereka, memperbetulkan kelemahan mereka, sedangkan UMNO terus tenggelam dalam arus kelemahann dan kesombongan mereka sendiri.....wallahualam...

by Amin Hafiz Mohamed
 
P/S : Kemenangan Dan Kejayaan Itu Sedang Menanti Di Hadapan Kita. Walaupun Tekanan Semakin Dahsyat Dan Keras Menghimpit Kita, Tetapi Ingatlah Bahawa Sesungguhnya Fajar Mentari Pastikan Terbit Walaupun Kegelapan Masih Berpanjangan. (Al Imam Hassan Al Banna)

No comments:

Post a Comment